Sunday, 28 January 2024

Cara Beradab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga

 Hati 


  1. Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya, sentasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.
  2. Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan.
  3. Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih sayang dan membina keluarga bahagia. Contohnya, selalu ceria dan menunjukkan muka manis dihadapan mereka.



Percakapan

  1. Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan intonasi yang lemah lembut. Contoh tidak meninggikan suara dan marah.
  2. Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam sahaja.
  3. Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka. 


Tingkah Laku 



  1. Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan. Dengan mengunjungi mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap anak dan cucu.
  2. Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan silaturrahim dalam masyarakat.
  3. Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua. Contohnya, membawa mereka ke hospital untuk mendapat rawatan yang sepatutnya. 
  4. Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.

Dalil Naqli Kewajipan Beradab Kepada Ibu Bapa

Allah Subhanahu Wa Ta'ala mewajibkan umat Islam supaya berbuat baik kepada ibu bapa.

1)Firman Allah dalam Surah An-Nisa, ayat 36:


وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًۭا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًۭا فَخُورًا ٣٦


Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.


2. Hadis daripada Abdullah Ibn 'Amru, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam bersabda:


رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لَا تُدْرَكُ، فَعَلَيْكَ بِمَا يَصْلُحُكَ فَالْزَمْهُ فَإِنَّهُ لَا سَبِيْلَ إِلَى رِضَاه

Maksudnya: “Keredhaan manusia merupakan satu matlamat yang tidak mampu dicapai. Maka hendaklah kamu kamu melakukan apa-apa yang baik buat diri kamu dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana, sesungguhnya tidak ada jalan untuk sampai kepada keredhaan mereka (manusia).”

Penilaian Topikal PAI

 

Penilaian PAI Tingkatan 2 Pelajaran 26: Muliakan Ibu Bapa Bahagiakan Keluarga


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perkongsian Penilaian Topikal PAI Tingkatan 2 Pelajaran 26: Muliakan Ibu Bapa Bahagiakan Keluarga.

Sila jawab.

Pautan: https://wordwall.net/resource/66898110

Qr Code:



Thursday, 25 January 2024

Akibat Tidak Beradab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga

 Objektif Pembelajaran: 4. Menerangkan Akibat Tidak Beradab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga

Sila baca slide di bawah dan tinggalkan soalan jika ada.

Kepentingan Beradab Kepada Ibu Bapa Dan Keluarga

 Kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga

Umat islam dapat: 1. Melaksanakan perintah Allah dan Rasul yang menghendaki setiap orang islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.



2. Membina keupayaan diri. keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang dapat membentuk individu yang berjaya di dunia dan di akhirat.



3. Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab dengan ibu bapa akan diikuti oleh orang lain



4. Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.



Pengenalan Diri

 Nama Guru: Siti Katidjah Binti Osmara


Nama Pelajar: Ain Izzatul Azra Binti Ag Bakrin


Nama Pelajar: Ilham Binti Hashim 


Nama Pelajar: Nurul Syafiqah Afiqah Binti Hamzah



Nama Pelajar: Nuruliza Binti Zainadun



Nama Pelajar: Saleha Binti Saidin



Tajuk & Objektif Pembelajaran

 Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Kelas: Tingkatan 2 Genius
Bidang: Akhlak Islamiah
Tajuk: Muliakan Ibu Bapa

Objektif Pembelajaran:
  1. Mengetahui dalil wajib beriman kepada ibu bapa.
  2. Menerangkan kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga.
  3. Mengenal pasti cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga dari aspek percakapan dan tingkah laku.
  4. Menerangkan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga.

Cara Beradab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga

 Hati  Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya, sentasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka. Prihat...