Sunday, 28 January 2024

Cara Beradab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga

 Hati 


  1. Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya, sentasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.
  2. Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan.
  3. Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih sayang dan membina keluarga bahagia. Contohnya, selalu ceria dan menunjukkan muka manis dihadapan mereka.



Percakapan

  1. Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan intonasi yang lemah lembut. Contoh tidak meninggikan suara dan marah.
  2. Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam sahaja.
  3. Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka. 


Tingkah Laku 



  1. Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan. Dengan mengunjungi mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap anak dan cucu.
  2. Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan silaturrahim dalam masyarakat.
  3. Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua. Contohnya, membawa mereka ke hospital untuk mendapat rawatan yang sepatutnya. 
  4. Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Insha Allah saya akan praktikkan dalam hidup saya ustazah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Syafiqah, semoga menjadi anak yang solehah.

      Delete
  3. Wahh, info yang sangat bermanfaat lah ustazah !!! Saya nak buat la cara ni kalau dengan ibu bapa saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik Liza, semoga menjadi anak yang solehah

      Delete
  4. Oooo, ustazah saya baru tau kata beradab dengan hati pun ada. Saya ingatkan cakap baik-baik dengan tolong mak ayah ja dianggap beradab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ilham. Beradab dengan hati juga sangat penting selain dengan percakapan dan tingkah laku.

      Delete

Cara Beradab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga

 Hati  Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya, sentasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka. Prihat...